Tuesday, October 23, 2012

bicara seorang perindu


salam mahabbah

aku terlalu merinduinya...
titisan yg mengalir ini dipipi ini
juga merupakan titisan rindu

aku terlalu menyintainya
kernanya dengan izin Allah
aku mengenaliMu..

engkau campakkan ketauhidan
dalam jiwa kosong ini..
aku hilang 
sehingga engkau sambut tanganku
maafkan aku kerna tangan yang aku hulurkan
penuh dengan najis 

engkau bersihkan sedikit demi sedikit
dengan siraman cinta yang tidak pernah aku rasai sebelum ini..
sudah tiba masanya aku pergi berpisah jasad denganmu
namun rohaninya aku tidak pernah melupakanmu..

namun aku akur...
aku seorang pencinta dan perindu 
yang sebenarnya menaruh perasaan dalam diam..
aku sengaja biarkan diri ini seperti pungguk yang rindukan bulan..
kerana aku sedar
rinduku terlalu fakir...terlalu lemah..
untuk persembahkan buat mu

cuma aku ingin beritahumu..
rindu dan sayangku tak akan pudar...
biar mataku terpejam dengan rasa cinta ini..

Bicara seorang hamba

2 comments:

  1. Subhanallah...
    aku juga rindu padamu,
    sirahmu,
    keluargamu,
    para sahabatmu...

    mulianya pekertimu..
    indahnya akhlakmu...
    hebatnya pergantunganmu padaNYa...

    Namun,
    sejenak ku berfikir,
    adakah cintaku..mampu membalas cintamu pada kami?
    sgt ku berterima kasih padamu, Ya Rasulullah..
    kerna keranamu ku mengenali "The Source of Love".."The Aim of Life" and "The God Of Universe"...

    Ku harap di daerah sana nanti...
    agar Engkau dn kau sendiri..pdganlah ku walau dgn sekilas pdgan pn..kerna ku tahu ku tak layak utk ditatap..
    (T_T)

    ReplyDelete