Tuesday, October 23, 2012

bicara seorang perindu


salam mahabbah

aku terlalu merinduinya...
titisan yg mengalir ini dipipi ini
juga merupakan titisan rindu

aku terlalu menyintainya
kernanya dengan izin Allah
aku mengenaliMu..

engkau campakkan ketauhidan
dalam jiwa kosong ini..
aku hilang 
sehingga engkau sambut tanganku
maafkan aku kerna tangan yang aku hulurkan
penuh dengan najis 

engkau bersihkan sedikit demi sedikit
dengan siraman cinta yang tidak pernah aku rasai sebelum ini..
sudah tiba masanya aku pergi berpisah jasad denganmu
namun rohaninya aku tidak pernah melupakanmu..

namun aku akur...
aku seorang pencinta dan perindu 
yang sebenarnya menaruh perasaan dalam diam..
aku sengaja biarkan diri ini seperti pungguk yang rindukan bulan..
kerana aku sedar
rinduku terlalu fakir...terlalu lemah..
untuk persembahkan buat mu

cuma aku ingin beritahumu..
rindu dan sayangku tak akan pudar...
biar mataku terpejam dengan rasa cinta ini..

Bicara seorang hamba

Thursday, October 18, 2012

bukan niatku

 
Salam mahabbah..
 
aku tahu..
aku tidak istiqamah memakainya
engkau boleh melihatku dengannya dan tanpanya...
bukan niatku...
untuk mempermainkannya..
percayalah aku ada sebab atas perbuatan itu....
Namun...
keyakinanku hanya satu..
jika itulah Allah tetapkan untuk...
aku sedang belajar berhibur dengan takdirNya

Bicara seorang hamba

terhijab


Salam mahabbah

Dalam rumah ada pintu
tanpa pintu kita tidak boleh masuk dalam rumah
Untuk minum perlukan cawan
tanpa cawan kita tidak boleh minum terus dari jag
jika kita minum terus dari jag
air akan mengalir keluar dari mulut lebih banyak dari yang masuk

Begitu jugalah dalam kehidupan menuju kepada Allah
Tidak mungkin dan mustahil kita dapat menuju secara terus kepada Allah
Untuk menuju kepada Allah pasti punyai pintu
siapakah pintu Allah....
Dia..kekasih teragung..tanpa insan agung ini
kita tidak tercipta...
Dialah insan teragung Nabi s.a.w
ya...Rasullah ya badratim pintu menuju kepada Allah..
Cintailah dia(nabi s.a.w) Allah akn mencintaimu...

Ilmu Allah terlalu agung untuk difahami..
maka ianya perlu dihadam oleh insan yang agung...
maka diturunkanlah segala ilmuNya kepada kekasih agung ini
maka bermulalah tugas baginda menyebarkan ilmu ini..
dicurahkan buat para ahli keluarganya dan para sahabat...
lalu mereka jua menyebarkan kepada orang ramai...
lalu ilmu itu masih segar sehingga kini
walaupun jarak masa beribu tahun lamanya...
namun ilmu itu masih dipegang sumbernya
iaitu daripada rasullah s.a.w

namun begitu..
bagaimana ilmu itu mampu sampai sehingga ke zaman ini
sedangkan Rasullah sudah lama meninggalkan kita...
inilah perjuangan ahli keluarga baginda
yang dilahirkan dibumi ini  dan masih kekal sehingga sekarang..
begitu juga dengan dakwah para sahabat
yang bersungguh-sungguh mengajar kepada anak-anak murid mereka...

lalu ilmu yang bertali sehingga sampai kepada Nur Ala Nur..nabi s.a.w
masih terpelihara sehingga kini
ilmu yang bertali ini bukan mudah untuk dicapai...
bukan hanya semudah mendengar dari tv atau youtube
namun ia perlu mengadap guru yang menyampaikan ilmu itu...
kerana adab bersama guru itu adalah jalan menuju kepada Allah..
tanpa adab....dirimu terus terhijab
salah adab dengan guru umpama salah adab dengan sumber cahaya kita....

maka..berjumpa dengan guru yang benar iktikadnya ini
merupakan anugerah Allah terbesar buat hambanya
di akhir zaman ini kerana mereka telah disembunyikan
hanya yang mencari menjumpainya

namun apabila sudah menjumpainya
gengamlah serat-eratnya...
namun dugaan berguru bukannya mudah..
kerana jika tersalah adab ilmumu akan terhijab....

perjalananku masih panjang....mencari mutiara tersembunyi...kerana terhijab dengan dosa-dosa semalam yang terlalu hitam......

Bicara seorang hamba

Tuesday, October 16, 2012

duhai pemilik hatiku


salam mahabbah

Duhai pemilik hatiku
ampunkan aku atas kelalaianku
ampunkan aku atas kelemahanku
ampunkan aku atas kederhakaanku
ampunkan aku atas mengingkari nikmatMu

Duhai Allah....
aku hambaMu yang lalai
aku hambaMu yang cuai
aku hambaMu yang hina
aku hambaMu yang lemah

Duhai Rabbul I'zzati
aku tiada mampu melainkan dengan kehendakMu
aku tiada tempat pergantungan melainkan padaMu
aku tiada arah tuju melainkan Engkau yang mengaturkan untukku..






Bicara seorang hamba

Thursday, October 11, 2012

satu cinta




salam mahabbah

mencari satu cinta....
cinta yang hakiki....
namun ada banyak lagi cinta..
yang palsu...
kelihatan sama tapi tak serupa...
berdoalah agar sentiasa berada dalam 1 cinta

Bicara seorang hamba

Tuesday, October 9, 2012

wahai penyembuh


wahai toibah! wahai toibah
wahai penyembuh kami!
kami rindu kepadamu
namun kejahatan hawa nafsu sering menggoda kami

wahai tuaku! wahai Abu Bakar kecintaan kepadamu
adalah titipanku. wahai Umar, hukumkanlah demi umurku
juga Uthman tuanku

wahai Ali anak Abu Talib
darimulah sumber kelebihan
apakah engkau diperlihatkan atau diriku diperlihatkan
tentang hajib iaitu pemuda yang paling utama

iaitu Hasan dan Husain
mereka adalah buah hati nabi
aduhai pemuda dua syurga
nenda(Rasulullah) adalah diturunkan kepadanya Al-quran

dan berselawat Allah keatas Nabi sallahua'laihiwassalam
yang mana rusa berkata-kata dengan Baginda
dan kepada para sahabat yang mempunyai kedudukan yang mulia

Bicara seorang hamba

Monday, October 8, 2012

c.i.n.t.a.


salam mahabbah

apabila terlalu menyintai
cinta itu sudah tidak terungkap lagi...
cinta itu sudah tidak terzahir lagi..
kerna cinta itu kini sudah sebati dengan jasad..

bagi yang tiada cinta..
pasti menghukum mereka pendusta cinta...
sebenarnya merekalah pendusta cinta..
kerna hanya mengerti untuk menzahirkan cinta..
namun tidak pernah menyulami cinta itu hingga ke dasar..

cinta yang di permukaan sangat dusta...
kerna yang zahirnya saja kelihatan..
cinta yang didasar..
adalah cinta suci..
walaupun tak terzahir..
namun hanya bercinta mengerti erti cinta...


Bicara seorang hamba

duhai sahabat


salam mahabbah

duhai sahabat
banyak perkara yang terjadi
yang tak mampu aku terangkan....
yang tak mampu aku jelaskan...
hidup ini bukanlah seperti yang kita mahukan...

duhai sahabat...
tak mungkin kita yang menetukan jalan hidup kita..
insan hina seperti kita hanya mampun merancang..
malahan perancangan itu jua adalah ilham dariNya...
makanya...siapalah kita...
kita tiada siapa-siapa...

perkara yang terjadi itu adalah terbaik...
percayalah...
belajarlah bergembira denga takdir Allah

Bicara seorang hamba

Friday, October 5, 2012

malangnya nasibku



Salam mahabbah

Duhai insan..
dulu aku mengejar nama...
aku ingin dunia mengenaliku...
walau dimana ku berada...
aku mahu orang mengenaliku...
oh...malangnya nasibku...
aku diperbodohkan oleh kebodohanku sendiri...



Bicara seorang hamba

Monday, October 1, 2012

Ku serumu



Salam mahabbah

Ku seru...
kembalilah kepadaKu...
SeruanKu..ada dimana-mana
Aku menantimu..

aku dengar panggilanMu...
aku tahu itu seruanMu...
namun..
kenapa aku tak mampu melangkah kepadaMu...
aku dihalangan sebuah tembok..
aku berusaha untuk merobohkan tempah itu..
namun aku terlalu lemah....

Duhai Kekasih....
ampunkan diri ini....
aku terlalu lemah...tanpaMu....

Bicara seorang hamba