Salam mahabbah
Dalam rumah ada pintu
tanpa pintu kita tidak boleh masuk dalam rumah
Untuk minum perlukan cawan
tanpa cawan kita tidak boleh minum terus dari jag
jika kita minum terus dari jag
air akan mengalir keluar dari mulut lebih banyak dari yang masuk
Begitu jugalah dalam kehidupan menuju kepada Allah
Tidak mungkin dan mustahil kita dapat menuju secara terus kepada Allah
Untuk menuju kepada Allah pasti punyai pintu
siapakah pintu Allah....
Dia..kekasih teragung..tanpa insan agung ini
kita tidak tercipta...
Dialah insan teragung Nabi s.a.w
ya...Rasullah ya badratim pintu menuju kepada Allah..
Cintailah dia(nabi s.a.w) Allah akn mencintaimu...
Ilmu Allah terlalu agung untuk difahami..
maka ianya perlu dihadam oleh insan yang agung...
maka diturunkanlah segala ilmuNya kepada kekasih agung ini
maka bermulalah tugas baginda menyebarkan ilmu ini..
dicurahkan buat para ahli keluarganya dan para sahabat...
lalu mereka jua menyebarkan kepada orang ramai...
lalu ilmu itu masih segar sehingga kini
walaupun jarak masa beribu tahun lamanya...
namun ilmu itu masih dipegang sumbernya
iaitu daripada rasullah s.a.w
namun begitu..
bagaimana ilmu itu mampu sampai sehingga ke zaman ini
sedangkan Rasullah sudah lama meninggalkan kita...
inilah perjuangan ahli keluarga baginda
yang dilahirkan dibumi ini dan masih kekal sehingga sekarang..
begitu juga dengan dakwah para sahabat
yang bersungguh-sungguh mengajar kepada anak-anak murid mereka...
lalu ilmu yang bertali sehingga sampai kepada Nur Ala Nur..nabi s.a.w
masih terpelihara sehingga kini
ilmu yang bertali ini bukan mudah untuk dicapai...
bukan hanya semudah mendengar dari tv atau youtube
namun ia perlu mengadap guru yang menyampaikan ilmu itu...
kerana adab bersama guru itu adalah jalan menuju kepada Allah..
tanpa adab....dirimu terus terhijab
salah adab dengan guru umpama salah adab dengan sumber cahaya kita....
maka..berjumpa dengan guru yang benar iktikadnya ini
merupakan anugerah Allah terbesar buat hambanya
di akhir zaman ini kerana mereka telah disembunyikan
hanya yang mencari menjumpainya
namun apabila sudah menjumpainya
gengamlah serat-eratnya...
namun dugaan berguru bukannya mudah..
kerana jika tersalah adab ilmumu akan terhijab....
perjalananku masih panjang....mencari mutiara tersembunyi...kerana terhijab dengan dosa-dosa semalam yang terlalu hitam......

No comments:
Post a Comment