Hati ini..
Tiada siapa yang mengerti
aku sendiri jua tidak mengerti
lantas aku tidak mengharapkan engkau untuk mengerti
aku tidak pinta engkau memahami aku
kerna aku sendiri tiada memahami diriku
pelbagai persoalan engkau ingin tahu kebenarannya
sedangkan aku sendiri tiada jawapan untuk itu
usah mengharapkan aku lagi
kerana aku sendiri tidak mengharapkan diriku
